Friday 7 March 2014

A.B.A.H

Bismillahirohmanirahim. Assalamualaikum. Hampir setahun mungkin mimie tak update blog nie. Dalam masa setahun nie banyak yang terjadi. Sebenarnye mimie nak update waktu genapnye umur mimie nie 20 tahun tapi dek kesuntukan masa, ianya hanya konon konon jew. Tak sampai sebulan pon cukup umur 20 tahun, mimie perlu menjadi anak gadis yang berdikari. Ya. Mimie percaya ini semua ketentuan dan takdir yang telah tersirat dalam family kami. Masa terlalu pantas berlalu. Bukan mudah untuk kami hadapi semua ini dengan redho. Dan malam nie terdetik untuk mencoret ape yang terbuku dihati. Perkara yang paling tidak diduga terjadi. Hanya Allah jew tahu ape yang dirasa. Jatuhnye 16 jun 2013 hilangnye seorang insan yang sangat dikasihi iaitu Abah yang dikasihi. Kaklong tahu ini semua pinjaman dariNya. Tapi kenapa terlalu cepat Abah pergi. Abah belum sempat lagi tengok kaklong berjaya, kaklong dengan adik still memerlukan Abah. 

Kaklong rindu sangat kat Abah. Saat saat getir Abah tu bukan mudah untuk dilupakan. Bermulanya kisah pada cuti dua sem yang lepas yg selama dua bulan tu. Ibu sibuk suruh kerja tapi Abah tak pernah benarkan anaknye bekerja. Dan ibu pulak yang kena marah sebab pandai pandai carikan kerja. Hahaa. Dan kaklong tak menyesal sebab Allah dah suratkan mungkin masa dua bulan masa untuk kaklong  luangkan masa bersama Abah. Kaklong bahagia bercuti kat rumah. Beberapa minggu sebelum buka sem Abah beli 6 botol perfume untuk adik ngan kaklong. Dan juga tahun lepas kami shoping raya sangat awal. Mungkin Abah nak tengok kami lengkap dan selesa sebelum pemergiannya. Malah baju melayu Abah pon dah ditempah. Tapi kami tak dapat tengok pon Abah try baju Abah tu. Kami hanya mampu tengok baju yang dah lengkap dijahit tanpa tuannye. Sayu sangat. 

Semester 5 bermula dan kebiasaanya Abah memang akan hantar kaklong ke KL. Dan Abah dah pon jalankan tanggungjawab tu. Tapi biasanye Abah laa orang yang paling kuat berceloteh dalam kete tapi tidak pada hari tu. Isnin selasa rabu khamis berlalu dan kaklong mintak izin untuk balek minggu tu. Walhal tak sampai seminggu pon kat KL. Tanye ibu dan ibu suruh tanye Abah. Dan seperti biasa Abah tak pernah cakap tidak kepada anak dara nye yang sorang nie untuk balek ke Kuantan. Sebenarnye memang bersebab nak balek minggu tu sebab wan nak buat kenduri. Tapi tak taw laa pulak wan nak buat kenduri hari ahad ingatkan sabtu sebab tu teragak nak balek. tapi Abah bagi balek. So kaklong balek laa.  Tapi bertamabah sedih apabila kenduri yang buat tu semuanya lauk abah yang carikan. Lauk kenduri tu jugak lauk Abah nak makan. Abah taw tak, ibu makan sambil nangis lauk tu. Tak sangka kenduri yang wan nak buat adalah untuk kenduri arwah anaknya. Hmm..Macam biasa Abah akan amik depan giant. Tu last Abah kena tipu ngan kaklong. Kaklong cakap dah sampai walhal tak sampai lagi. Tapi tak jadi kelentong sebab Abah sampai dulu. Abah sangat funny. Sebelum kaklong balek ade kaklong pesan nak makan goreng pisang makcik yang sedap tu dan kiteorg pon menjamu pisang tu sama sama. Dan tibanya malam kaklong ngan Abah tengok tv sama sama. Abah suruh buat air teh dan kaklong buat dan itu adalah air yang terkahir Abah minum dari tangan kaklong. Esoknya kami semua bangun tengok Abah tak dapat gerakkan badan. Kami sedih tengok. Dan Abah dibawak ke hospital dan doktor sahkan Abah kena strok sebab kolestrol tinggi dalam otak. Hancur luluhnye dengar. Kalau Abah tak dapat jalan pon kami sanggup jaga tapi Abah.. Hmm dan petang tu Abah bg reaction positif Abah bergurau senda macam Abah tak sakit langsung. Dan kami seronok dan rasa sangat lega. Dan hari tu Abah tak boleh makan sebab kalau makan akan efect paru paru Abah. Tapi Abah mintak macam macam. Itu ini tapi kami tak dapat buat ape takut akan jadi lebih teruk. Kami pujuk Abah kalau sihat nanti kita g makan ape yang Abah nak. Dan tiba malamnye Abah nampak macam lemah mungkin berceloteh petang tu. Ak kami bagi Abah rehat. Ibu jaga Abah. Dan kaklong dan adik balek. Pagi esok pukul 6 kami dikejutkan dengan panggilan ibu Abah tengah nazak. Dan saat itu jantung kaklong seakan berhenti berdegup dan kaklong drive macam ape. Hanya satu dalam kepala hanya Abah. Sampainya hospital doktor bagitahu Abah tak dapat buat apa selain melepaskan Abah pergi atau pasang alat pernafasan. Abah taw. Kaklong hampir pengsan dan tak mampu berdiri. Kaklong tak sanggup tengok Abah macam tu. Kaklong sempat dengar jantung Abah berdegup dan suruh Abah bangun. tapi Allah lebih saynagkan Abah dari kami semua. Dengan sekelip mata Abah terkaku kujur diatas katil hospital. Masa tu kaklong rase nak ikut Abah sekali. Dalam hati kaklong doktor tu tipu kaklong tapi sedar ini semua pinjaman darinya.

Dan sekarang hampir sembilan bulan Abah tinggalkan kami. Saat manis bersama Abah kami akan sentiasa sematkan dalam hati. Kami sentiasa mendoakan Abah tenang disana. Dan dua tiga hari nie kaklong asyik termimpikan Abah. Kaklong harap Abah pon rindukan kaklong. Andai diberi peluang cuma dalam mimpi kaklong nak cium tangan Abah nak peluk Abah. Abah selalulah datang dalam mimpi kaklong. Kaklong rindu Abah. Semoga Abah tenang disana dan dirahmati. Nanti kaklong akan melawat rumah Abah lagi. Wasalam. #alfatihah.